Monday, March 8, 2010




Isnin 8hb Mac Utusan dalam ruang bisnes melaporkan kenyataan Tan Sri Hanafiah Ahmad, bekas Pengerusi Tabung Haji yang antara lain mendesak agar sebuah badan akauntan bebas yang berwibawa dan profesional untuk menyiasat secara terperinci segala aktibiti pelaburan dan anak anak syarikat Tabung Haji.

Seperti yang pernah saya tulis didalam blog ini, saya diizinkan Allah dapat menunaikan fardhu kelima ini bersama isteri pada tahun sudah. Pengalaman saya bersama isteri mengerjakan haji melalui Tabung Haji Travel, anak syarikat Tabung Haji adakalanya menyedihkan. Sahabat sahabat lain juga merasakan begitu. Kalau ada rezeki untuk keMekah lagi, Tabung Haji Travel (TH Travel) sukar menjadi pilihan saya. Dari beberapa rakan yang menggunakan khidmat TH Travel, majoriti mendakwa bahawa pergi dengan TH Travel tidak banyak bezanya dengan pergi mengikut muasasah tanpa perlu membayar harga yang lebih tinggi.

Dari awal penempahan tempat sehingga kepersiapan keMekah, TH Travel tidak menampilkan sebagai agensi Tabung Haji yang seharusnya lebih efisyen, bertanggung jawab dan berpengalaman dibandingkan dengan agensi agensi lain yang dilantik oleh Tabung Haji.

Harga yang berbeza dengan agensi lain, menerima bakal haji tanpa mengira bakal haji tersebut ada pasangan muhrim atau tidak (ramai kalangan jemaah wanita yang pergi tanpa pasangan muhrim yang sesuai), kemampuan kesihatan dan umur bakal haji yang seharusnya diambil kira (ini dilihat sebagai tindakan untuk mencukupkan kuota TH Travel sahaja) panduan amalan yang tidak seberapa dibandingkan dengan beberapa agensi lain (tidak ada pengawasan semasa jemaah menunaikan umrah diMekah dan semasa diMina), jadual yang tidak menentu semasa diMusdalifah, bilik yang dikongsi seramai 5 ke 6 orang sedangkan jemaah muassasah ada yang hanya berkongsi dua sebilik terutama diMadinah dan hotel penginapan yang amat berbeza jauhnya dari Masjid dibezakan dengan agensi lain dan jemaah muasassah. Lawatan yang begitu terhad dibezakan dengan agensi lain.

Itu antara rungutan jemaah dengan TH Travel. Jemaah seperti saya dan isteri yang tidak ada pengalaman memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar. Itu antara sebab kami dan ramai yang memilih untuk mengikuti package TH Travel. Kalau diizinkan tempat tinggal diMina lebih dekat dengan tempat melontar. Jemaah yang agak tua dan kurang sehat sudah tentu memerlukan tempat tinggal yang lebih dekat dengan tempat melontar dan dengan mengikuti package TH Travel sudah tentu diharap ianya bebeza dengan jemaah muassasah. Ramai yang menggunakan khidmat agensi ini hanya mahukan sedikit keselesaan dibezakan dengan muassasah dan atas sebab sebab kesihatan dan kemampuan diri. Tetapi khidmat yang diberikan tidak jauh bezanya.

Itu antara pengalaman saya namun saya dan isteri masih bersyukur kerana dapat mejalankan ibadah haji dengan sempurna dan selamat kembali. Ini mungkin bukan isu yang sebenarnya. Isu yang dibangkitkan oleh mantan Pengurus Besar Tan Sri Hananfiah Ahmah jauh melangkaui asas dan matlamat penubuhan Tabung Haji itu sendiri. Prof DiRaja Ungku Aziz mengilhamkan Tabung Haji sebenarnya untuk membantu bakal bakal haji dengan mendepositkan simpanan mereka untuk menunaikan haji. Sasarannya golongan yang berpendapatan rendah seperti petani, nelayan dan penoreh getah. Maknanya matlamat penubuhan Tabung Haji adalah untuk membantu golongan ini disamping wang pendeposit boleh digunakan untuk pelaburan bagi membantu jemaah dan kepentingan mengerjakan haji itu sendiri.


Pelaburan Tabung Haji mesti berteraskan kepentingan jemaah haji dan bakal haji. Melaburkan wang pendeposit untuk membeli hotel di London misalnya, adalah agak jauh menyimpang dari matlamat membantu proses mengerjakan haji. Hotel sebaiknya dibeli di Arab Saudi untuk memudah dan menyenangkan jemaah. Setiap pelaburan Tabung Haji mesti akhirnya memberikan manfaat dan berkepentingan untuk jemaah haji. Adalah amat dangkal apabila TH Tarvel juga menjadi agen bagasi untuk jemaah sedangkan khidmat tersebut seharusnya diberikan kepada Pos Malaysia yang punyai pengalaman, kemampuan dan jaringan yang lebih baik. Lebih malang, TH Travel pula hanya jadi `commission agent` kepada sebuah syarikat courier antarabangsa. Budaya makan komisyen yang tidak bertepatan dengan matlamat penubuhan Tabung Haji itu sendiri.


Saya amat bersetuju dengan beberapa saranan Tan Sri Hanafiah itu. Antaranya kerajaan mesti mengembalikankan kuasa perlantikan Pengerusi dan Lembaga Pengarah Tabung Haji kepada DYMM Yang DiPertuan Agung manakala panel pelaburannya dilantik oleh Menteri dari individu yang berwibawa dan profesional.


`TH merupakan sebuah institusi milik orang ramai khususnya umat Islam dan pihak pengurusan tertinggi perlu tampil memperjelas dan menunjukkan bahawa segala urusan pelaburannya telus`...Tan Sri Hanafiah Ahmad.

10 comments:

Anonymous said...

Patutnya TH ni buat perubahan daripada dulu lagi. Sya pun biasa p umrah melalui TH Travel niiih.. Tour Gidenya bodoh. Dia ambil kesempatan nak pi umrah jeerr..

Memanglah TH Travle mengabiskan duit TH.

La ni kita harap Dato' Jamil Khir, Menteri yang menjaga TH ni buat pembetulan supaya TH jangan jadi agensi Kerajaan yang satu hari menjadi tunggang terbalik.

Anonymous said...

Tuan Haji,

Saya juga ada pengalaman kurang manis mengerjakan haji melalui TH Tarvel, tetapi apakan daya, bercakap pasal urusan fardhu haji, sukar untuk membuka mulut.

Saya sedih kerana TH Travel terlalu menumpukan keuntungan dari tanggung jawab asal untuk membantu jemaah haji.

Bekas Tentera
Ipoh, Perak.

Anonymous said...

Kakitangan Tabung Haji dapat dua orang sebilik di Madina itu jelas menyalahgunakan kuasa, saya ada bukti.

Pegawai TH Travel sendiri menjalankan ibadat haji terlebih dahulu dari jemaah yang patutnya dibimbing.

Anonymous said...

Tuan,

Kalau Tan Sri Hanafiah Ahmad sendiri yang komen pasal TH, ana amat akur. Beliau amanah, bertanggung jawab dan telus mengemudikan TH selama ini.

Ana dengar Ungku Aziz tidak mahu ke Mekah dengan TH kerana kecewa dengan cara TH diurus dan ditadbir sedangkan TH adalah idea beliau.

Ana harap TH berubah dan kembali kepada tujuan asal penubuhannya.

Anonymous said...

Apejadahnya Tabung haji melabur dengan Petra Perdana tu. Pembelian ladang kelapa sawit diIndonesia jadi hancur.

Kembalilah kepada core business Tabung Haji..mengurus dan mengendalikan bakal bakal haji.

Siberangan said...

Yang bebenornye Tuan Haji, Tabong haji niii.. nak di keghe banyok nye duit nye, membeli kapa tghobang pun udah boleh.

Tok ghenti-ghenti oghang ghama membayo, bile deme menjadi ahli Tabong Haji ni.

Tabong Haji, hentikan mnyage2 ngaghot tuuu. Buat ladang di Indonesia nun, hancor. 250,000 ekar weee.. bukan nye sikit tuuuhh. Ya Allaaaahh banyok duit tu. Kate nye deme kene tipu.

Saye nak mncadangkan Tuan Haji, batalkan semue pernigaan lain, termasuk sher dengan RISDA nak mmbuat ladang getoh di Serawak, Rahim Tamby Chik tu, kepala hotak dia bua pande macam Dato Ali, banyok nnipunya. Tabong Haji beli sher Air Asia sebanyok mungkin, dapatlah nanti kughangkan tambang anok buah mengkome ke Mekkah. Sebab, Tabong Haji ada kapal tghobang sendighi. Ha.... itu yang bbenornya Tuan Haji.

Anonymous said...

Ramai yang kecewa dengan peranan Tabung Haji dan anak anak syarikat yang lari dari matlamat asal penubuhannya.

Perlu disedari bahawa pendeposit Tabung Haji adalah dari kalangan berpendapatan rendah, petani, nelayan dan penoreh getah.

TH perlu kembali kepada matlamat asal.

Anonymous said...

Saya setuju dengan komen yang diberikan. Tabung Haji mesti beroperasi sebagai pengendali dan pengelola urusan jemaah haji.

Kalau pun perlu dibuat pelaburan, biarlah ianya untuk kepentingan pendeposit tabung haji sendiri.

Membeli hotel diLondon adalah tidak bertepatan dengan matlamat untuk membantu jemaah haji kerana lokalitinya tidak membantu jemaah.

Anonymous said...

Saya setuju benar dengan desakan bekas Pengurus Besar Tabung haji itu. Memang banyak yang boleh dipertikaikan akan kelemahan Tabung Haji dan anak anak syarikatnya.

Tabung Haji sebagai pemegang amanah kepada bakal bakal haji sepatutnya melaksanakan amanah tersebut dengan lebih bertanggung jawab.

Oleh kerana ianya melibatkan ibadah yang fardhu, jemaah selalunya akan menerimannya sebagai ujian pahit getir menunaikan fardhu haji. Ini yang menyebabkan jemaah tidak akan membangkitkan isu isu yang dirasakan tidak memuaskan hati atau yang dilihat tidak begitu bertepatan dengan matlamat penubuhan Tabung Haji itu.

Saya setuju supaya Tabung Haji kembali kepada matlamat asal penubuhannya. Ini amanah Allah.

Bekas Guru Besar
Alor Setar.

Anonymous said...

Saya ucapkan tahniah kepada Tan Sri Hj Hanafiah yang berani menegur Tabung Haji.

Moga moga mereka berubah