Saturday, April 24, 2010


Bersama isteri dan sahabat...bukan ditemani empat isteri la......

Dato Sikander (kiri sekali) bersama sahabat.....

Jawatan Penganjur merakamkan kenangan bersama......

Ahli Lembaga Pelawat bersama tetamu Dr Che Pah, Dr Juita, Hj Abd Rahman dan Dr Idris....

Pengarah HSB Dr Hjh Juita Hj Ghazalie menyampaikan ucapan aluan....

Sahabat sahabat yang prihatin....

Penyanyi sukarelawan yang menyumbang dengan percuma...demi kebajikan....

Kumpulan Penari Kipas yang juga membuat persembahan percuma....malam amal kan...


Rakan dan taulan amat faham akan matlamat amal....


Jawatankuasa Malam Amal bersama Pengarah HSB dan Penyanyi Cilik jemputan.......


Dr Idris dan Puan Azlinah Sairan, Ketua Jabatan Sajian dan Dietetik HSB...........


Persembahan Tarian Tradisi India sumbangan sebuah NGO tempatan...percuma juga....


Lagi Hindustan dari Saudara Vasu, Ahli Lembaga Pelawat.......eh eh guna rostrum juga....



Pada 17hb April lalu Lembaga Pelawat Hospital Sultanah Bahiyah telah menganjurkan Majlis Makan Malam Amal bertujuan mengumpul dana bagi membantu pesakit yang kurang berkemampuan yang dirawat di Hospital ini. Sumbangan yang diperuntukkan untuk kos pembedahan kecil, alat rawatan, perubatan dan bantuan kebajikan pesakit atau keluarga pesakit. Antaranya kos kos rawatan susulan kes kes orthopaedik, ENT, OKU dan pediatrik.

Lebih 700 tetamu hadir dengan menderma melalui pembelian tiket jamuan berharga RM 500 hingga RM2,000 setiap meja untuk 10 orang. Saya amat terharu dan berbangga dengan kehadiran tetamu yang menyumbang tanpa mengira siapa tetamu majlis. Tidak ada `mock cheque' besar yang bakal diserahkan kepada tetamu besar. Kad jemputan yang dibeli juga hanya memaparkan gambar hospital, tempat dan tarikh jamuan. Maknanya yang membeli tiket memang amat faham akan tujuan dan matlamat malam itu. Jamuan nya juga bukan sepadan dengan jumlah derma yang dihulurkan, kalau nilai makanan yang diambil kira.

Malam itu hanya malam amal dan tidak ada orang orang besar kecuali ahli keluarga Hospital dan Jabatan Kesihatan Negeri. Pengarah Hospital Dr Hajjah Juita Hj Ghazalie, Timbalan Timbalan Pengarah Haji Abdul Rahman Ahmad dan Dr Idris Ahmad. JKN diwakili oleh Dr Che Pah Ahmad yang juga Timbalan Pengarah (Perubatan) Jabatan Kesihatan Negeri Kedah. Tidak ada penyanyi besar dan tidak ada YB atau pemimpin besar untuk menerima cek besar!

Hanya RTM dan beberapa wakil media berbahasa Cina turut hadir. Media lain mungkin mengganggap bahawa majlis tersebut tidak ada news worthy atau news value! Memang benar tidak ada banyak kepentingan dimalam itu selain dari manusia manusia biasa yang tidak berkemampuan dan perlu dibantu untuk mendapat rawatan. Terima kasih sahabat dari RTM, Kwong Wah Jit Poh dan Guong Ming Press.

Yang membanggakan lagi, kehadiran tetamu juga melibatkan berbilang kaum. Cina, India Melayu memenuhi meja jemputan. Tidak ada ucapan retorik dan tidak ada jurang bagi mereka untuk membuat amal. Matlamatnya satu untuk membantu yang tidak berkemampuan. Warna kulit dan keturunan tidak pernah jadi ukuran. Sakit tidak mengenal taraf manusia.

Sebuah syarikat besar yang beribu pejabat di Kuala Lumpur yang tidak ada kena mengena dengan Hospital dan Kementerian Kesihatan menelefon saya setelah menerima surat rayuan yang hanya ditanda tangani oleh Pengerusi Lembaga Pelawat, meminta saya mengambil cek dipejabat cawangan syarikat diPokok Sena. Ketulusan yang amat jelas. Kebetulan saya hanya bertemu sekali dengan Pengurus Projek syarikat tersebut.

5 comments:

musang berjanggut said...

Tuan Haji,

musang rasa terharu atas keprihatian Lembaga Pelawat HSB dalam membela nasib pesakit2 miskin dan kurang bernasib baik.

Musang hanya pi cover untuk Berita...

Tapi musang teruja tenguk Pengerusi Lembaga Pelawat menyanyi lagu "Green Green Grass of Home".

Musang banyak memori lagu tu...

Anonymous said...

Bro,

Green Green Grass of Home tu..hebat tuan. Kenapa malam tu tak nayanyi lagu Help Me Make It Through The Nite..

Kepada Kak Normadiah penyanyi veteran tu..tahniah kerana masih bersuara lunak.

Apa pun tahniah kepada Lembaga Pelawat dan Pengurusan HSB.

Anonymous said...

Bro,

Tahniah kerana dapat tonjolkan peranan Lembaga Pelawat Hospital.

Penyokong pembangkang ramai di Hospital tu..bro kena tengok tengok jugak.

Mantan HA
Hospital Alor Setar.

Anonymous said...

Tuan Hj Ramli,

Saudara tentu banyak tahu pasal kapal selam scorpene tu. Tolong komen sikit.

Anonymous said...

Tuan,
Tahniah , saya pun sokong, cuma tolong hantar/ambik bini ke majlis tersebut